Добавить
Уведомления

#AMANZ24 - Snapdragon 875 Bakal Diumumkan, Realme Mengeluarkan Berus Gigi Elektrik, Fitbit Sense

Vivo V20 dan V20 Pro kini telah melepasi pengesahan Sirim. Model Vivo V20 Pro ialah peranti kelas pertengahan premium yang dijana oleh cip Snapdragon 765G manakala V20 pula menggunakan cip Snapdragon 720G. Buat masa ini, tarikh penawaran peranti untuk pasraan Malaysia masih belum diketahui. Seterusnya, Realme telah melancarkan M1 Sonic Electric Toothbrush iaitu berus gigi pintar yang hadir dengan ketahanan bateri sehingga 90 hari serta menyokong pengecasan nirwayar. Bukan itu sahaja, jenama ini turut memperkenalkan penimbang pintar iaitu Realme Smart Scale. Ia pula ia dilengkapi sokongan memantau 16 variasi penilaian berkaitan kesihatan. Di Malaysia, berus gigi pintar Realme boleh didapati pada harga RM199, sementara Realme Smart Scale pula ditawarkan pada harga RM149 bermula 10 Oktober ini. Tidak ketinggalan Fitbit melancarkan dua peranti terbaru yang dinamakan Fitbit Sense dan Fitbit Inspire 2. Bagi yang berminat, Fitbit Sense membawakan ciri ECG dan EDA pada harga RM1498 seutas. Manakala Fitbit Inspire 2 pula menawarkan ketahanan bateri sehingga 10 hari dan dijual pada harga RM498 seutas. Dalam arena teknologi global, Qualcomm akan memperkenalkan cip Snapdragon 875 secara atas-talian. Ia akan diumumkan menerusi acara Qualcomm Tech Summit pada 1 dan 2 Disember kelak. Facebook akan menamatkan sokongan Notes pada 31 Oktober 2020. Menurut Facebook, nota yang telah diterbitkan akan terus kekal pada garis masa, sementara yang masih belum diterbitkan atau di dalam draf akan dipadam selepas tarikh berkenaan. Seterusnya, Maybank melancarkan EzyQ untuk melancarkan proses temu janji. Dengan ini, pengguna boleh menetapkan hari dan waktu yang diingini untuk melakukan temu janji menerusi aplikasi Maybank2U. Antara transaksi yang boleh dilakukan termasuk membuka akaun, pertanyaan mengenai kad debit dan pertanyaan mengenai produk. Menurut laporan iPrice, masa penghantaran pembungkusan di Malaysia dilihat terjejas paling terus di Asia Tenggara. Sebelum pandemik masa purata penghantaran ialah 2.1 hari tetapi melonjak ke 4.6 hari. Ia ini bersamaan peningkatan waktu menunggu 119% oleh pelanggan. Akhir sekali, MDEC akan menjalankan acara #MyDigitalMaker dengan tema Digital Skills Today, Workplace of Tomorrow” pada 11 Oktober kelak. Antara aktiviti yang dilakukan adalah Achievement Board iaitu sistem yang memerlukan peserta untuk menyelesaikan tugasan harian yang diberikan sepanjang acara ini berlangsung selama tujuh hari.

Иконка канала Lifehacks for Kids
4 подписчика
12+
10 просмотров
Год назад

, чтобы оставлять комментарии